top of page

Minggu Kesihatan & Kesejahteraan 2023, 25 & 26 November 2023, Star Avenue

Program ini dianjurkan oleh:

star avenue.png

Program ini disokong oleh:

Star Avenue Lifestyle Mall menganjurkan dan menyelaraskan kesihatan & kesejahteraan pada  hujung minggu untuk mempromosikan perkhidmatan yang boleh meningkatkan gaya hidup seseorang individu.

 

Kami di Persatuan Kesihatan Mental Selangor (SMHA) berbesar hati dijemput untuk menyertai acara tersebut dan menganjurkan booth bermaklumat dan interaktif di sana. Turut hadir bagi aspek kesedaran kesihatan mental, RE:Life Mental Health Clinic (Relife) dan EVE Psychosocial Rehabilitation Centre (EVE).

Semasa majlis tersebut berlangsung, terdapat ramai profesional dari pelbagai sektor kesihatan mempromosikan perkhidmatan mereka yang mungkin memberi manfaat kepada kesejahteraan individu seperti anda dan saya. Perkhidmatan ini terdiri daripada standard pemeriksaan perubatan, perkhidmatan kesihatan mental dan pelarasan kiropraktik hanya untuk menamakan beberapa sahaja. Turut diadakan kempen derma darah semasa majlis dijalankan.

 

Majlis turut diserikan oleh ahli parlimen Shah Alam, YB Tuan Haji Azli Bin Yusof. YB Tuan Haji mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung gerai atas perkhidmatan yang mereka sediakan dan mengunjungi setiap gerai untuk bertanya tentang perkhidmatan yang disediakan, faedah mendapatkan perkhidmatan dan impak kepada kualiti hidup pelanggan.

Banyak ceramah kesihatan telah diadakan. Cik Mala Davi sendiri berkongsi tentang gangguan kesihatan mental dan bagaimana ia mempengaruhi anak perempuannya yang memberi inspirasi kepadanya untuk menyertai SMHA dan memberikan penjagaan kepada pesakit yang terjejas oleh penyakit mental. Anak perempuannya, Vishalachi, dengan berani tampilkan diri ke hadapan untuk memberi perkongsian dengan kami tentang bagaimana gangguan mental telah menjejaskan kehidupan dia dan ibunya serta bagaimana dia berjaya mengharungi semua kesukaran dan menghadapi penyakit tersebut.

Jurulatih kejayaan Relife, Encik Brian Fong, juga memberikan perkongsian informasi yang sangat bermanfaat tentang kegelisahan dan kemungkinan rasa gelisan boleh muncul dari pelbagai bentuk dan cara.

 

Secara keseluruhannya, acara ini mempunyai suasana yang sangat ceria kerana para hadirin berjalan di sekitar gerai dan mendapat pandangan baharu tentang cara berbeza perkhidmatan ini boleh membantu mengekalkan kesejahteraan mereka. Kami gembira melihat bahawa terdapat peserta yang bertanya tentang perkhidmatan kami di gerai SMHA, Relife dan EVE, menunjukkan kepada kami bahawa kesedaran kesihatan mental semakin mendapat perhatian yang diperlukan terutamanya di Malaysia di mana kesihatan mental sering diabaikan.

bottom of page