Program Kesedaran Kesihatan Mental
Serendah, Selangor 27 Mei 2023
Program ini disokong oleh:
Penaja-penaja kami untuk program ini :
Seperti yang dilaporkan di akhbar The Star bertarikh 12hb Julai 2023 -
​
​
Persatuan Kesihatan Mental Selangor telah mengadakan Program Kesedaran Mental di Taman Serendah Makmur, Serendah, Selangor pada hujung minggu. Program ini merupakan permulaan pada persepsi kepada persatuan untuk mempromosikan kesihatan mental sebagai aspek asas dalam kalangan masyarakat mengenai kesihatan dan kesejahteraan. Salah satu objektif Persatuan Kesihatan Mental Selangor adalah untuk mempromosi kesejahteraan mental dalam komuniti Selangor.
Program ini juga menandakan pelancaran rasmi bagi Persatuan Kesihatan Mental Selangor. Misi Persatuan Kesihatan Mental Selangor adalah untuk menggambarkan perasaan yang kita rasakan adalah masa depan yang mungkin berlaku kepada warga Selangor, termasuk perkembangan dalam kesihatan mental mereka. Kumpulan ini berharap dapat melihat Selangor berkembang menjadi negeri dimana masyarakat yang mesra, penyayang dan inklusif.
Bersama melancarkan program oleh Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali, program ini menggunakan gaya karnival. Khemah didirikan dan penduduk yang menetap di flat PPR dan setempat dijemput untuk meriahkan lagi suasana. Program dimulai dengan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Selangor, Prof Dato Dr Andrew Mohan Raj dan dirasmikan oleh YB Tuan Gunarajah A/L George, yang merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor. Yang juga turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Hulu selangor (Zon 16), En Aylwin Chan Wai Tuck, Dr Sathia Prakash dari kumpulan SP Care, Ustaz dari Surau Al-Makmur dan penghulu penduduk di kawasan tersebut.
Sukarelawan dari Persatuan Kesihatan Mental Selangor, Pusat Pemulihan Psikologi & Emosi Eve, Klinik Kesihatan Minda Relife dan SP Care Group telah membantu untuk menjayakan program tersebut. Program bermula dengan tarian Zumba yang diketuai oleh jururawat dari Pusat Pemulihan Psikologi & Emosi Eve, seluruh kawasan dipenuhi dengan gelak tawa peserta dan juga sukarelawan. Dr Rasyid Bin Sulaiman, pengarah perubatan Pusat Pemulihan Psikologi & Emosi Eve juga memberi sedikit taklimat ‘Apa itu Sakit Mental’ yang bermanfaat. Terdapat juga permainan dan juga ujian psikologi dilaksanakan oleh Klinik RE:Life untuk yang muda dan juga yang lebih dewasa. Pasukan dari kumpulan SP Care juga membuat pemeriksaan kesihatan asa kepada penduduk setempat.
Setinggi penghargaan kepada penaja yang telah menyumbang hadiah dan juga beg cederahati kepada semua peserta kami. Penaja utama kami yang pemurah terdiri daripada Top Glove Corporation Berhad, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Yakult Malaysia Sdn Bhd dan Revive International.
Dengan kejayaan program dan maklum balas yang baik dari pihak peserta, Persatuan Kesihatan Mental Selangor berjanji untuk melakukan lebih banyak kepada masyarakat dan juga membantu untuk mendidik kepada orang awam tentang kesedaran kesihatan mental. Dasawarsa ini, Persatuan Kesihatan Mental Selangor menawarkan kaunseling masyarakat pada kadar yang bersubsidi kepada peserta yang layak. Untuk info lanjut tentang bagaimana ingin mendaftar, boleh layari laman Facebook kami @selangormentalhealth untuk dapatkan butiran lebih.